Monsun hampir melabuhkan tirai tanda berakhirnya musim tengkujur yang menyekat rata-rata jenis pancingan baik di laut mahupun di darat, tidak kira di muara ataupun di sungai.Ini lah masa yang paling seronok untik para pemancing di lautan ataupun di daratan sekian lama menunggu akhirnya sampailah masanya bagi kaki-kaki pancing di seluruh dunia untuk memulakan aktiviti yang sekian lama berehat.
pada 26 feb 2011 kaki-kaki pancing terdiri daripada saya sendiri, rosli pasir man, en.din, mat yie dan ramai lagi telah turun ke laut di perairan kelantan untuk melepaskan gian yang sekian lama tidak beraksi akibat musim tengkujur...pada jam lebih kurang 4.00 petang semua kaki-kaki pancing sampai di kemasin,kelantan,Setelah semua peralatan dipastikan mencukupi dan dipastikan berada di dalam bot,kami semua terus menuju ke karang payung untuk mencari umpan sotong hidup yang dikatakan diet bagi ikan di kawasan itu.Alhamdulilah walapun tidak dapat banyak sotong yang diperolehi manun bagi kami cukup untuk di buat umpan.
ude dan amy yang tekun mencandat sotong sampai orang ambil gambar pun diaorang tak sedar..........
sotong hidup yang di simpan untuk di buat umpan.
jam di tangan menunjukan hampir pukul 12.00 t/malam sotong sudah tidak kelihatan lagi jadi kami membuat keputusan untuk pergi memancing di kawasan karang yang didiami pelbagai jenis ikan karang klas A.
engan mengunakan teknik pancingan dasar menggunakan umpan hirisan sotong yang di tangkap kami semua berjaya menaiki ikan tetanda hampir 100 ekor,kerapu 10 ekor,harua tasik 8, barakuda (ikan kacang) 3 ekor dan ikan kaci hampir 43 ekor sehinggakan tangan semua pemancing menjadi lemah akibat di asak oleh sekumpulan ikan, kami memancing sehingga jam 5.00 pagi dan kemudianya tiada lagi sambaran. menurut tekong pada bulan ini kebanyakan nelayan tidak turun ke laut kerana laut masih begelora bagi kami ini pancing kali ini merupakan bonus dan rezeki daripada allah.apabila sudah tiada lagi ikan yang hendak mejamah umpan kami semua mengambil kesempatan untuk berehan dan menunggu cuaca menjadi cerah untuk berpindah di satu lagi tempat untuk memburu tenggiri dan ebek.jam 8.00 pagi kami sampai di kawasan karang dengan menggunakan umpan sotong hidup tujuan untuk menjerat tenggiri selang beberapa minit umpan di turunkan satu tarikan ganas nampaknya seekor ikan layaran menyambar umpan membuatkan kami semua di dalam bot bersorak memberi semangat kepada mat yie untuk melawan ikan layaran itu tetapi nasib tidak meyebelahi badan mata kail telucut dari mulut ikan hampir 50 meter tali dikeluarkan dari mesin.selepas itu kami di asak dengan sekumpulan ikan ebek dengan daya juang yang tinggi kami berolehi 8 ekor ikan ebek di angarkan seekor seberat 6-7 kg.masa yang terhad kami gunakan jam menunjukan hampir t/hari selepa itu kami besiap untuk kembali ke pengkalan, pelawanan dengan ikan membuatkan kami untuk mencuba pada masa yang akan datang.... Antara hasil tangkapan yang di perolehi...
facebook,com
ReplyDelete